Tapak Mula
Gunung Bunga Buah didaki dari kawasan Genting Highland. Terdapat dua pintu masuk ke gunung ini. Satu dari simpang belakang Hotel Sri Malaysia dan satu lagi dari bulatan besar selepas Pondok Polis di jalan ke Genting Highland. Kedua-dua tapak mula ini adalah tanah persendirian dan pendaki perlu mendapat izin sebelum melalui tanah persendirian bagi mengelakkan dari dikatakan menceroboh.
Kedua-dua tapak mula ini merupakan laluan berbatu bekas jalan kuari dan bertemu antara keduanya. Sumber air boleh diambil di alur air di tepi jalan kuari bagi yang mendaki dari Bulatan manakala bagi pendaki yang mendaki dari Sri Malaysia boleh mengambil air paip di pondok pengawal apartment di belakang Sri Malaysia.
Simpang Trail
Tepi laluan kuari ada satu trek hutan. Pendaki hanya perlu menyusur sepanjang trek untuk sampai ke puncak gunung. Trek gunung ini mengikut permatang dan ada satu tempat berbatu yang agak menarik sebelum tiba puncak dipanggil Rock Garden. Panorama pusat peranginan Genting Hingland jelas dari sini.
Rock Garden & View Point
Puncak G. Bunga Buah
Puncak gunung ini ditanda dengan beirut. Tapak khemah di puncak selesa untuk 20 - 30 orang. Pokok-pokok yang tinggi menghalang pemandangan sekitar.
Beirut ditengah-tengah kawasan lapang.
ehsan dari : OGKL.COM
KEMBALI KE INFO GUNUNG | BACK TO MOUNT INFORMATION