GUNUNG IRAU, CAMERON HIGHLANDS, PAHANG

 MOUNTAINS OF MALAYSIA > Mount Irau

Gunung Irau adalah gunung tertinggi yang paling mudah didaki. Dengan ketinggian 2110 meter dari paras laut, ia menjanjikan iklim yang cukup sejuk buat para pendaki khususnya yang mahukan latihan stamina dan ketahanan suhu.Juga sesuai untuk Pendaki Baru yang mana ia tidak memerlukan peralatan yang banyak dan tidak mengambil masa yang lama, maksimum 2 hari adalah berbaloi bagi mereka yang baru berjinak-jinak di arena pergunungan. Yang penting Kos tidak mahal! =)



STARTING POINT
Di awal perjalanan pendaki di bawa ke Balai Polis Brinchang bagi sesi laporan keselamatan. Pendaki perlu membawa air sendiri oleh kerana ketiadaan sumber air disepanjang perjalanan Gunung Irau. Kemudian menaiki kenderaan pacuan 4 roda menuju ke stesen pencawang Gunung Brinchang. Ada juga yang membawa kereta persendirian terus ke atas, NASIHAT kami, JANGAN PARKIR KERETA DI BRINCHANG atau WAKAF IRAU ini kerana telah berlaku banyak kes tidak di ingini berlaku seperti cermin kereta dipecahkan, rim tayar dicuri dan lebih malang kereta dicuri(rujuk laporan Kereta dipecah : Gunung Irau)

Sepanjang perjalanan di atas 4WD, pendaki akan disajikan dengan permandangan kebun teh dan angin gunung yang mengasyikkan. Perjalanan mengambil masa sekitar 45 minit ke 1 Jam.


WAKAF IRAU
Setibanya di Wakaf Irau, dinasihatkan pendaki melakukan sedikit regangan otot kemudian mempersiapkan diri dengan Doa(bagi yang Muslim). Permulaan trek adalah laluan pelantar kayu sepanjang 100 meter, kemudian disusuli dengan laluan denai hutan. Perjalanan disekitar trek dipenuhi dengan mossy(lumut) yang menghijau dan kadang kala kuning. Paling seronok bila kabus datang, rasa macam dalam filem. Oh Ya lokasi ini pernah diabadikan didalam filem Puteri Gunung Ledang lakonan M. Nasir dan Tiara Jacquelina. Dan perkara yang tidak asing lagi dengan Gunung Irau ialah lumpurnya. Dinasihatkan anda memakai stokin panjang dan menggunakan kasut yang sesuai. Jika anda membawa stokin lebih, adalah dilarang sama sekali untuk meninggalkan(membuang) stokin kotor di sepanjang trek atau kem.


Bagi pendakian yang bermalam di puncak, ia mengambil masa 5 ke 7 jam untuk sampai di puncak oleh kerana anda membawa beg yang besar. Dan sekiranya pendakian seharian(daypack) maka perjalanan dijangka 7 ke 9 jam bagi naik dan turun.


PUNCAK IRAU
Permandangan di sekitar gunung ini boleh dikatakan 120 degree yang mana selebihnya ditutup dengan pokok renek. Namun ia memberi kelebihan kepada pendaki yang bermalam di atas agar dilinungi oleh angin kencang, yang pasti memang sejuk ya! Pendaki yang tidur di atas disarankan membawa sweater kalis angin dan air.

Keluasan Tapak :
Puncak Gunung - Max 30 orang
Puncak Anak Irau - Max 50 orang

Ketinggian : Gunung Irau - 2110 meter ~ 6,924 ft


JADUAL | TENTATIVE :
From Kuala Lumpur to Brinchang, Cameron Highlands about 5 hours then stay at Sungai Pauh Camp, the Transport ( 4WD ) will take us to Brinchang Peak :-

DAY 01
Sungai Pauh Camp - Brinchang Peak - Starting Point - Anak Irau - Irau Peak
DAY 02
Irau Peak - Anak Irau - Ending Point - Sungai Pauh Camp


KOS EKSPEDISI | EXPEDITION COST :
Jurupandu Arah Gunung Bertauliah | Professional Mountain Guide
Kenderaan 4WD Pergi dan Balik | Returns Off-road Transportation
Permit Jabatan Perhutanan Perak | Perak Forestry Permission
Yuran Pengurusan Ekspedisi | Expedition Management Fees