Gunung Liang Timur dan Barat terletak di Tanjung Malim, Perak. Tanjung Malim terletak sekitar 120 km dari Kuala Lumpur dan 300 km dari Pulau Pinang. Gunung Liang Timur dan Barat kurang diketahui tetapi merupakan gunung yang mudah didaki. Terdapat dua laluan pendakian, satu dari Kampung Sungai Bill, dan satu lagi bermula dari Kampung Sungai Dara.
TEMPOH PENDAKIAN
2 hari - Standard
3 hari - Beginner / Overnight Waterfall
4 hari - Ke Gunung Tuman Batak
STARTING POINT
Pendakian bermula di Pintu Gerbang Kampung Sungai Dara atau jika ada 'budget' lebih, boleh menggunakan khidmat penghantaran dengan lori terus ke Loji Sungai Dara iaitu kaki Gunung Liang.
Jarak dari Loji Sungai Dara ke Kem Lubuk Antu lebih kurang 4 jam perjalanan. Sekirannya pendaki membuat ekspeisi 3 hari, lokasi ini sesuai dijadikan kem untuk bermalam selama 3 hari. Lokasinya amat strategik, dekat dengan sungai, ada kolam untuk berendam, ada air terjun disebelah atas dan mempunyai keluasan yang sesuai untuk kapasiti pendaki ramai.
Jika Tidak, pendaki boleh terus ke Kem Permatang, atau lebih popular dengan panggilan Kem 7E(Seven Ee). Kem nya berbentuk memanjang dan lokasi punca air lebih kurang 2 minit dari kem. suasananya nyaman dan sejuk akan membuatkan para pendaki jatuh cinta. Best Wo!
Keluasan Tapak :
Kem Lubuk Antu - Max 50 orang
Kem 7E - Max 35 orang
PUNCAK LIANG
Dari kem ke puncak tidak begitu jauh, hanya mengambil masa sekitar 2 jam untuk sampai. Puncak pertama ialah Puncak Liang Barat yang mana terdapat struktur Beirut yang tersergam berkarat. Puncak tersebut menyajikan permandangan 270 degree dengan kebanyakan pokok disekeliling adalah bonsai jenis renek.
Kemudian pendaki dibawa ke Puncak Liang Timur yang mempunyai Beirut juga seikit lebih cantik dari yang barat. Namun permandangan dipuncak ini tertutup oleh pokok-pokok besar. Pendakian gunung ini selalunya tidak memerlukan anda tidur di puncak memandangkan tiada sumber air dan tiada kesesuaian tapak untuk berkhemah.
Ketinggian :
Gunung Liang Timur - 1933 meter ~ 6343 ft
Gunung Liang Barat - 1933 meter ~ 6342 ft
JADUAL RINGKAS
From Kuala Lumpur to Tanjung Malim about 2 hours then stay at Surau Sungai Dara or Dam at the end road of the village :-
DAY 01
Sungai Dara Dam - Lubuk Antu Camp - 7E Camp
DAY 02
7E Camp - Lubuk Antu Camp - Sungai Dara Dam
KOS EKSPEDISI
1 - Jurupandu Arah Bertauliah | Professional Mountain Guide
2 - Kenderaan Masuk & Keluar | Transfer Services
3 - Permit Jabatan Perhutanan Perak | Perak Forestry Permission
4 - Yuran Pengurusan Ekspedisi | Expedition Management Fees
5 - Sijil dan Baju T - Jika Perlu | Certificates & T-Shirt - If Necessary
BACK TO MOUNTAINS OF MALAYSIA