Gunung Tangga berada di sempadan Cameron Highland - Gua Musang. Gunung ini agak jarang didaki kerana kurang diketahui umum memandangkan gunung ini berada agak jauh dari Kg Rajah, CH dan sebelum ini tiada jalan untuk kesana. Gunung ini paling hampir dengan penempatan Orang Asli Pos Brooke, Kelantan.
Starting Point
Pos Brooke berada dipertengahan jalan raya CH - Gua Musang. 38 KM dari Blue Valley. Sekolah Kebangsaan Pos Brooke merupakan 'landmark' Pos Brooke. Pendaki boleh memulakan pendakian dari penempatan Orang Asli di atas bukit berdekatan.
Laluan Pakma
15 minit perjalanan di trek balak. Pendaki akan bertemu sungai. Terdapat beberapa denai disini. Ada denai menghala ke pokok-pokok pakma. Pendaki perlu menyusuri denai dengan sungai disebelah kiri pendaki.

Bunga Pakma belum kembang
|
Air Terjun Sg Wi Kecil
30 minit dari laluan pakma pendaki akan bertemu air terjun di panggil Air Terjun Sg. Wi Kecil. Sumber air disini jernih dan tidak keroh walaupun semasa hujan. Tidak jauh dari Air Terjun Sg. Wi Kecil pendaki perlu melintas jeram dari Sg. Wi. Terdapat anak sungai bersebelahan sungai ini. Pendaki boleh mengambil air bersih untuk bekalan disini. Sepanjang laluan ini pendaki masih boleh jumpa pokok pakma.
Trek ke puncak agak jauh walaupun tidak banyak laluan mencanak. Terdapat beberapa bukit tipu sebelum pendaki boleh tiba ke puncak gunung ini. Trek masih agak jelas walaupun tiada tanda sepanjang trek.

Batu tertinggi di puncak
|
Puncak
Puncak gunung ini ditandakan dengan batu tanda bertiang besi. Keadaan sekitar batu tanda begitu bersih umpama terjaga. Keluasan puncak boleh memuatkan 10 - 15 orang untuk bermalam.
Hasil & Sumber:
Apip Embi
Photo:
Hadzrey (Arey) & Apip Embi

EHSAN OGKL