PERMOHONAN PERMIT MENDAKI

APA ITU PERMIT MENDAKI?
Sebenarnya ia merujuk kepada 'Kebenaran Memasuki' mana mana hutan simpan dibawah kawalan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Setiap pendaki diwajibkan memohon permit supaya kemasukannya tidak di anggap menceroboh atas alasan melakukan penebangan haram, khianat, pembakaran terbuka, pembuangan sisa toksin, dan sebagainya.
Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara :
1 - Melalui kaunter di Pejabat Hutan Daerah
2 - Melalui faxs ke talian Pejabat Hutan Daerah tersebut

BAGAIMANA PROSEDURNYA?
Kini terdapat beberapa cara menguruskan permohonan permit, ada juga kaunter PHD yang dibuka setiap hari seperti di Hutan Lipur Gunung Nuang, Gunung Datuk, atau di Gunung jerai. Terdapat juga kaunter yang diwakilkan melaui Taman-Taman Negara. Jadi untuk gunung-gunung atau kawasan hutan yang lain yang kebanyakkannya dibawah rezab hutan simpan, kita akan memohon dengan cara manual, kita ambil contoh untuk mendaki Gunung Batu Puteh, lokasi di Tapah :
Langkah 1 - Sediakan senarai nama peserta. (Nama, IC, Alamat, No. tel, No Tel Waris)
Langkah 2 - Besertakan surat rasmi permohonan mendaki.
Langkah 3 - Dapatkan Wangpos mengikut jumlah peserta, andaikan peserta 10 orang, maka Permit Masuk RM10.00* x 10 orang = RM100.00
Langkah 4A - Jika Fax, telefon PHD Tapah untuk memaklumkan tentang ekspedisi pendakian. Jika dibenarkan, terus fax, tunggu sehingga siap dan wangpos ke PHD atas nama Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Dokumen permit masuk akan dipos ke alamat rumah anda, atau boleh terus ambil di kaunter PHD.
Langkah 4B - Jika hantarkan terus ke kaunter Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan, Tapah beserta dokumen dari langkah 1-3, kebiasaannya proses dilakukan lebih cepat tetapi bergantung kepada kehadiran pegawai bertanggungjawab dan situasi yang dibenarkan atau tidak.
Langkah 5 - Serahkan dokumen permit masuk di pondok pengawas hutan atau pintu masuk hutan lipur(jika ada) sebagai mengesahkan kehadiran anda.
*Cas bagi permit masuk adalah berbeza mengikut negeri.


BERIKUT ADALAH SENARAI PEJABAT PERHUTANAN BAGI PENGURUSAN PERMOHONAN PERMIT MASUK MENDAKI GUNUNG MENGIKUT NEGERI :
*Click Negeri bagi link ke alamat PHD
NegeriLaman Web
Johor http://www.forestry.gov.my/johor
Kedah http://www.kedforestry.gov.my
Kelantan http://www.jpnk.kelantan.gov.my
Melaka http://forestry.melaka.gov.my
Negeri Sembilan http://www.forestry.gov.my/negerisembilan
Perak http://www.perakforestry.gov.my
Perlis http://www.perlisforestry.gov.my
Pulau Pinang http://jhn.penang.gov.my
Selangor http://www.forestry.gov.my/selangor
Terengganu http://trgforestry.terengganu.gov.my




Jika anda mempunyai kesulitan atau TIADA MASA untuk menguruskan hal ini, di SILVER OUTDOOR SPORTS, kami menyediakan khidmat pengurusan permohonan permit mendaki dan laporan polis bagi memudahkan para pendaki. Yuran Pengurusan RM100.00 per kumpulan bagi setiap permohonan. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.