TRANS YO BACK TO GALLERYNG YYBTN 22-25/8/2013 - NOA


TAHNIAH buat para pendaki dari Nature Outdoor Adventure (NOA) atas kejayaan menamatkan misi YYBTN kali ini! selami kisah suka duka perjalanan hasil nukilan En.Anuar selaku 'NatGeo' kita!


3 Jiwa Bersatu
Malaysia adalah negara yang unik dengan 3 warna utama, Melayu, Cina dan India. YYBBTN telah menyatukan jiwa tiga warna dengan semangat setiakawan , saling menghormati dan berkongsi satu bumbung. Inilah warna sejati Malaysia di YYBBTN.

Walaupun cerita pendaki yang hilang di laluan YYBBTN menjadi ingauan dan ingatan kepada semua pendaki, Yong Yap, Bubu & Bubu juga menyatukan 2 hati antara Adam dan Hawa, memulakan salam perkenalanan, menyemai bunga bunga cinta dan akhirnya, satu tali perkahwinan.

Kem Lopak juga telah menjadi saksi permulaan kepada satu ikatan dan menjadi memori yang terindah. Terima kasih kepada gogo yang berkongsi secebis sejarah. 
Syawal di Yong Yap, Bubu & Tok Nenek

Pendakian bermula dari Lojing ke Perkampungan Asli Kg Rengil melalui Jambatan Kayu. Permulaan Trek balak sepanjang hampir 7 km dengan laluan berbuluh hingga ke Simpang Tok Nenek, mula melunturkan semangat. Pertemuan dengan Pakcik Tapah, adalah satu rahmat dan simpati atas keadaan kesihatannya.

Laluan merentas pohon buluh , laluan sungai dan anak sungai yang hilang dalam perkiraan, benar benar memberi cabaran dan menguji kesabaran. Pengalaman lalu menyakinkan bahawa setiap laluan akan tetap memberi cabaran yang berbeza dan mengingatkan kita agar sentiasa menghormati alam semulajadi dan kebesaran ciptaan tuhan, yang maha esa

Kem Agas menjadi persinggahan pertama dan titik permulaan mengerat hubungan dan berkongsi pengalaman. Tiada cerita politik, tiada kata mengata... keluar dari dunia nyata.. ini menjadikan aku jatuh cinta untuk terus mendaki. Ruang ini juga memberi peluang untuk musibah diri dan mencari titik kekuatan jati diri

Pendakian hari kedua adalah untuk sampai ke puncak Yong Yap dan laluan menjanjikan hari yg lebih mencabar dan perlu untuk membawa air yang mencukupi . Hari ini benar benar menyeksakan kerana mengalami kecederaan lutut kiri akibat tergelincir, ditambah dengan bebanan air. Terima kasih kepada teman teman yang berkongsi bebanan atas satu semangat setiakawan tanpa mengira warna.

 

Alhamdulillah Puncak G7 kedua dapat ku capai.. Pemandangan yang terbaik, cuaca yang terbaik dengan panorama 'golden moment' yang paling terbaik ...dengan view puncak Bubu, Tok Nenek, Yong Belar, Korbu dan Gayong, Banjaran Titiwangsa. Dan meletakkan sasaran untuk menawan puncak korbu dan gayong
 
Hari ketiga aku berjaya menawan puncak Bubu dengan cabaran kecederaan dan laluan yang lebih mencabar dan suatu ketika, hampir berputus asa dan akhiranya ...berjaya sampai Kem Kambing yang merupakan kem terakhir sebelum ke puncak Tok Nenek

Sambutan Syawal di puncak Tok Nenek, menikmati 2 biji tembikar tanda kesyukuran, menjadikan Syawal di YYBBTN sebagai memori yang terindah untuk semua. Respek kepada teman, membawa gitar tanpa tali ke puncak YYBBTN . Tiada irama tanpa lagu 

Terima kasih kepada semua. Insyallah aku akan datang lagi



SUMBER BERSIH DARIPADA:

Interesting?Come enjoy this adventurous excitement with us!
NO ONE LEFT BEHIND

BACK TO GALLERY