GUNUNG KORBU GAYONG (KORGA)


MUKADIMAH
Sinonim dengan gelaran KORGA, Gunung Korbu dan Gunung Gayong semakin menjadi kegilaan pendaki bagi salah satu destinasi wajib dalam aktiviti pendakian mereka. Terletak di tengah Perak, Gunung Korbu menjadi mercu tanda warga Ipoh khususnya Ulu Kinta.
Tingginya mencapai sehingga 7,162 kaki dari paras laut bersamaan 2,183 meter, Gunung Korbu adalah gunung ke-2 tertinggi di Semenanjung Malaysia, dan Pertama tertinggi di Banjaran Titiwngsa, manakala ke-7 tertinggi di dalam Malaysia.

Gunung Gayong pula mempunyai ketinggian 7,129 kaki dari paras laut, bersamaan 2,173 meter, merupakan gunung ke-4 tertinggi di Semenanjung Malaysia. Lazimnya pendaki akan melalui kedua-dua puncak ini didalam 1 ekspedisi. Ini kerana puncaknya bersebelahan dan mengambil masa cuma 2 ke 3 jam sahaja merentasi permatang dari Korbu ke Gayong.

Untuk mendaki Gunung Korbu Gayong (KORGA), terdapat 3 pintu masuk, yang sering digunakan pendaki adalah melalui Sungai Termin atau Empangan Sultan Azlan Shah (SAS), jalan ini lebih mudah didaki dengan mengambil masa 4 hari 3 malam. Bagi pendaki amatur, 3 hari 2 malam boleh dilakukan dengan syarat cukup stamina dan terlatih untuk keadaan luar jangka dan sedia untul berjalan malam.


Selain itu jalan alternatif pula adalah melalui Sungai Senooi, Kampung Makmur, perkampungan orang asli.
Kebiasaannya pejalanan ini ambil masa 5 hari 4 malam oleh kerana keadaan jalan yang sedikit semak disebabkan jarang pendaki lalu. Lategori laluan ini adalah 8/10, juga di gelar Trek Lagenda Korbu Gayong. Laluan ini lebih cantik dan mencabar berbanding laluan Sg Termin. Terdapat beberapa kawasan Air Terjun yang cantik sekitar laluan ini.

Lalauan ketiga pula menghubungkan Bluevalley Dam (Empangan Tangga), Cameron Highlands atau Lojing, Kelantan ke Gunung Korbu. Laluan ini lebih jauh dan harus melepasi Gunung Yong Belar dahulu sebelum melintasi Gunung Gayong dan kemudian berakhir di Gunung Korbu. Popular dengan gelaran Trans Titiwangsa (Banjaran Titiwangsa). Tempoh yang di ambil biasanya 5 ke 6 hari untuk keseluruhan ekspedisi.

Pendakian KORGA menjadi trending semenjak tahun 2013 ketika lokasi ini menjadi salah 1 gelanggang latihan bagi pendaki yang akan mendaki di luar negara, atau yang bakal menyertai acara larian gunung, atau mungkin juga sekadar menambah koleksi G7. Tidak kisah apa tujuan sekalipun asalkan aktiviti sihat ini diteruskan dengan baik dan terkawal, terutama tentang sisa sampah.

KORBU VIA SENOOI
KORBU VIA TERMIN

KORBU VIA TRANS TITIWANGSA (REVERSE)

SEJARAH KORBU GAYONG
Bagi penduduk asal iaitu orang asli sekitar Gunung Korbu, mereka menggelar Korbu yang bermaksud ''Kerbau'' , pada awal penemuan puncak ini, mereka terjumpa tengkorak kepala kerbau di puncak gunung ini, lalu dinamakan Gunung Kerbau, dalam sebutan bahasa Asli Semai, di panggil Korbu.

Ada juga pendapat menyatakan tengkorak kerbau itu kemungkinan sebenarnya seladang, memandangkan Perak antara kawasan habitat spesis ini. Tidak hairanlah skuad bola sepak Perak sendiri pun menggelarkan mereka Seladang Perak.

KEMALANGAN
Pada tahun 1999, 14 remaja telah membuat pendakian. Mereka terdiri daripada sekumpulan pendaki yang sering mendaki gunung-gunung di seluruh Malaysia.Mereka adalah Sawa, Adnan, Lan, Mono, Wak, Jabir, Jerung, Pon, Mai, Sheila, Zainal, Sepoi (arwah) dan allahyarham Rohan Harith Iskandar.Dua daripadanya adalah kenalan baru yang ingin menyertai ekspedisi itu. Allahyarham Norzahri Harun dan Rohan ditemui mati pada awal pagi dalam khemah di puncak Korbu oleh rakan-rakan sepasukan. Mengikut catatan rasmi, kemalangan berlaku akibat terhidu gas karbon monoksida yang terhasil melalui pembakaran lampu gas.Walaubagaimanapun, punca sebenar kematian masih misteri. Mengikut laporan pihak berkuasa, mereka mengklasifikasikan kes ini sebagai kemalangan biasa. Menurut pendapat seorang Guide berpengalaman kami, Muzafar, beliau mengklasifikasikan kematian dua sahabat itu sebagai "hypotermia" oleh kerana pada malam itu cuaca terlalu buruk dan sejuk.

laporan lanjut akhbar Utusan : http://www.silveroutdoors.my/2016/06/misteri-kematian-dua-pelajar-di-puncak.html