Teknik Menyusun Barangan Dalam BAG HIKING


Perkara yang sering menjadi kebingungan para pendaki terutama bagi yang baru mencebur bidang pendakian ni, tentu sekali kaedah penyusunan barang-barang didalam bag dan teknik packing bag dengan betul, kan?


Ok, Admin Kay akan berkongsi sedikit maklumat visual bagi memudahkan anda mempelajari teknik yang betul dalam menyusun barang-barang anda. Setiap barang yang kits bawa mempunyai pelbagai penggunaan dan berbeza keberatannya serta saiz.


Di Malaysia, hutan hujan tropika menjadikan pendaki sering berwaspada dengan cuaca, maka di nasihati supaya menggunakan plastik besar@plastik sampah sebagai lapisan inner yg menyelaputi keseluruhan dalaman bag. Kemudian diframekan dengan alas tidur@sleeping mattrass. Secara tidak langsung ia menjadikan beg mudah berdiri dan kelihatan handsome.

Mulakan mengisi dengan peralatan yang besar dan ringan seperti SLEEPING BAG, SWEATER, SET PAKAIAN, kemudian makanan ringan seperti snek, mee segera dan sebagainya (yang hanya digunakan di kem bermalam). Lapisan tengah di isi dengan alatan kecil dan sedikit berat seperti alatan memasak, alatan camping, pakaian basah atau makanan ber tin. Dan di atas sekali di isi dengan benda-benda paling berat seperti stok air, makanan beras, kobis, gula, minyak dan sebagainya.


Untuk bahagian luaran pula seperti side pocket, kebiasaannya di isi dengan air minuman, snek dan makanan waktu rehat. Bahagian zipped pocket yang biasanya terdapat di bahagian atas side pocket atau front body, di isi dengan poncho, fly sheet atau alas sembahyang. Dan top compartment, adalah digalakkan khas untuk alatan penting seperti 1st aid kit, survival kit, compass, atau alatan elektronik yg siap dicover plastik untuk persediaan basah hujan.


Sedikit sebanyak admin harap dapat membantu anda mencari idea dalam menyusun peralatan anda. Ini sekadar cadangan dan amalan para pendaki lama, zaman sekarang serba moden dan semakin maju, mungkin dengan membuat lebih survey anda akan mendapat lebih ilham dan teknik dalam menyusun peralatan dengan lebih baik!

Jika anda ada kemusykilan Admin sedia membantu, hubungi kami untuk sebarang pertanyaan. Terima kasih!