MENENTANG ARUS PEMIKIRAN
Sunyi berteman angin,
Jam sudah menunjukkan 4.30 pagi, aku cuba lelapkan mata sambil duduk, ternyata aku tidak mampu kerana kedudukan tanah yg tidak rata dan menurun. Mereka yg ditengah juga sering berubah-ubah membetulkan kedudukan. Kenangan bermalam di puncak ini takkan aku lupakan. Aku terus mengelamun mengimbau perjalanan kelmarin.
Sambungan imbas hari ketiga,
Sabtu, 11 November 2023.
Jam 9.40 pagi, tali flysheet mula dibuka satu persatu, isyarat ini menunjukkan khemah perlu segera di kemas. Sarapan pagi telah aku siapkan, pagi ini cuma nasi goreng berlaukkan rendang ayam semalam bersama indocafe. Makanan tengahari juga telah aku siapkan dibungkus bersama lauk ayam masak berlado. Syakeys, Jennifer dan Karo membantu aku didapur membungkus nasi dan lauk. Seronok buat trip jika dapat rakan2 yg pandai main peranan masing2. Tak perlu disuruh sudah tahu nak tolong apa. Cuma kasihan aku pada Syakeys pagi tu kerana dia mengalami cirit birit sejak dari semalam. Sempat aku serahkan ubat charcoal padanya beberapa biji. Pagi ni kami agak lambat bersiap kerana beri laluan kpd mereka yg lewat tiba awal pagi tadi.
Pukul 1.00 petang, Poncho beri taklimat, nadanya berbaur ralat, manakan tidak plan yg di atur tergelincir banyak, nak selesaikan hutang, bertambah lagi hutang. Menurutnya, hari ini perjalanan akan menuju ke Kem Cannon, walaupun jarak tidak jauh tapi cabaran untuk kesana bukan kaleng-kaleng. Jam 1.15 petang semua sudah mulakan langkah, perlahan menuju ke Lembah 1444 M, satu lokasi permatang sebelum menuju ke Puncak Bukit Pekok berketinggian 1531 M.
Perjalanan mengambil masa 2 jam suku, kami sempat regroup kesemuanya. Tampak jelas gembira bila kita dapat berjalan bersama dalam 1 group besar tanpa terpish. Kemudian kami teruskan naik turun perjalanan dengan melintasi Puncak 1545 M, Puncak 1581 M, Bukit Keramoh 1582 M atau dikenali sebagai Puncak Pogo, Puncak 1543 M, dan Puncak 1505 M. Jenuh menghabiskan puncak 6 beradik ni, walaupun ketinggian dekat2, tapi roller coaster bentuk trek-nya memenatkan.
Hujan mula renyai membasah bumi. Aku masih di posisi tengah, berjalan bersama aku Azrah, Eypa dan Puteri. Sedang elok menurun ke arah Kem Cannon, tiba-tiba kedengaran org di hadapan kecoh, ada yg berlari ke atas bukit dan ada yg bertempiaran patah balik. Kelihatan Poncho yg memakai ponco berlari anak ke arah kami, lantas Eypa dan Azrah berpatah balik diikuti aku, dalam suasana kelam kabut aku menutup payung, kami berlari dalam renyai hujan.
"Ada sarang penyengat wei!" Kata Poncho.
"Diorg lah tadi, ambil barang jatuh, lepastu langgar sarang dia, kami lalu kat depan tadi okay jer" sambungnya. Terus laluan baru sebelah kiri dibuka menggunakan lorong Jupem yg sedia ada walaupun terpaksa membukit sedikit. Lorong tadi di tutup terus.
"Siapa yg kena?" Tanya aku, menurut mereka, Poncho kena 3 das, Ruey Peng kena 1 das dan Sepul 2 das. Ruey Peng yang aku hanya kenal dia melalui kenalan Facebook, sewaktu sesi tapisan, aku nampak dia seorang yang biasa dengan aktiviti lasak melalui gambar2 aktiviti di media sosialnya, manakala Sepul seorang sahabat Malim Gunung yang aku kenal lama sering berkeliaran di area Gunung Chamah, jadi aku tidaklah terlalu risau dan menganggap mereka biasa dengan keadaan disengat serangga berbisa. Waktu itu jam menunjukkan pukul 6.00 petang. Yang belakang sudah mula jauh.
Akhirnya jam 7.44 malam Poncho buat keputusan unt bermalam di Kem Panas yg berada di tengah2 permatang, memandangkan hujan renyai yang semakin panjang. Di belakang pula perlahan, kami anggarkan mereka lewat 2 jam.
"Kita terpaksa bermalam disini, jadi kena catu2 air sikit sebab tiada punca air disini. Tolong bagi kerjasama kongsikan air unt kita masak makanan group ya." Ujarku.
Maka bergegas kami mencuci kem ini sehabis baik kerana telah semak dan penuh batang buluh reput. Seperti biasa Den menguruskan banglow rakan2 dibantu Poncho, Pedot, Sufri, Sepul, Topek dan Karo membantu aku membuka ruang dapur. Kem Panas ini pernah di inap oleh team V3 yang awal sahulu. Namanya diberi kerana keadaan dan suhu di permatang ini sering berangin dan sangat sejuk, bagi merubah minda supaya tidak terpedaya dinamakan panas untuk kita sentiasa termotivasi merasa selesa disini. Namun hakikatnya jauh disudut hati tetap menyumpah.
Jam 10.10 malam, geng belakang pun sampai. Makan malam sedang disediakan memandangakan air tidak mencukupi, aku hanya masak nasi untuk malam ini sahaja berlaukkan Ayam Masak Merah. Ada yg makan, ada yg tidak makan. Malam itu kami lelap awal, keletihan disebabkan roller coaster dan berlenjun hujan.