TNT Lower 2023 - Episod 5

PUCUK DICITA ULAM MENDATANG

Sedang asyik mengelamun mengimbas kembali hari yg lepas, aku mengubah sedikit kedudukan ke bawah, memberi ruang selesa sedikit kpd Azrah. Tiba-tiba Eypa berbunyi, "Puteri, naik atas sikit, kaki aku dah kena kepala Syafiqah dah ni" lantas Puteri beralih keatas sedikit akibat tergelongsor turun dek kerana keadaan lantai yg tidak rata. Sejurus kedudukan kembali baik, mereka menyambung tidur, aku lihat masing2 dah macam udang.

Aku masih tak dapat lena walaupun badan terlalau letih, sedangkan jam dah pun pukul 5.30 pagi, barangkali mungkin kerana banyaknya minum kopi seharian ini membuatkan minda diganggu caffeine. Aku terus menyambung pemikiran tentang perihal yg telah berlaku semalam.

Imbasan hari kelima,
Isnin, 13 November 2023.

    Seawal jam 6.00 pagi, seperti biasa Den menjadi alarm untuk semua. Aku dah mula bangun menyiapkan air panas dan masak sarapan pagi, tapi tidak masak unt tengahari kerana ketidakcukupan air. Seusai briefing dari Poncho, kami teruskan perjalanan hari ini pada jam 9.20 pagi. Hari ini seperti hari yang berlalu, jauh!.


    Sejam berjalan, kami tiba di Last Waterpoint Kuar, lokasinya menurun kebawah, tapi tidak terlalu jauh. Aku sempat mengisi air unt diguna di puncak nanti. Posisi aku dibelakang pagi ini, kali ini bersama Kama, Iqbal dan Amar. 

    Jam 12.55 tengahari geng hadapan berjaya sampai Gunung Kuar, kemudian di ikuti kami pada jam 2.00 petang. Jarak kami tidak jauh kerana geng dihadapan mengalami kesukaran menebas dan laluan agak memacak. 




    Di puncak yg berketinggian 1773 Meter dari paras laut ini kami berada di sebelah ruang Batu Sempadan yg baru dibuka Jupem. Di sebelah puncak asal agak sempit dan mempunyai tanda signboard lama. Asal kawasan ini banyak lumut dan cantik tapi sudah ditebang oleh Jupem unt kerja2 mereka, sayang sungguh. Puncak ini pernah menjadi viral kerana kekeliruan kedudukan puncaknya yg asal namun bagi aku, selagi radiusnya bawah 20 meter ia tidak perlu dibahaskan titik mana yg utama, pijak sahaja kedua2nya maka selesai masalah.

    Kami makan tengahari disini, Pedot dan Puteri mengambil bahagian unt masak kali ini, nasi putih berlaukkan Sup Sayur Kobis dan Kacang Panjang Goreng Ikan Masin. Oleh kerana lapar waktu ini, ramai yg jadi naga, habis cakap pun macam berapi, ada juga berlaku tegang urat antara beberapa org hanya kerana salah faham, tak pasal2 Den jadi kambing hitam ditegur aku. Yang jadi aku tegur tu kerana pernah jadi sebelum ini, namun perkara ini sama sekali tidak menyalahkan dia, cuma memberi tempias kepada org yg beremosi tersebut. Biasalah, lepas 4 ke 5 hari mendaki bersama, bersusah payah bersama, pasti akan mengganggu emosi jika tidak di kawal dgn baik terutama jika melibatkan warga emas dan orang muda. Selepas beberapa ketika, perkara ini pun selesai dan perjalanan dimulakan semula pada jam 3.00 petang dalam renyai hujan. 

   

    Kali ini aku menghambat diri mengikut rentak rakan didepan, membantu sikit2 bahagian menebas mana yg aku mampu. Posisi ini lah tempat yg paling aku suka dalam mana2 ekspedisi. Tangan aku ligan menyantas dahan2 kecil dan buluh yg menghalang hingga Pedot menegur aku supaya tinggalkan sedikit kerja untuk org dibelakang. Itulah aku, kalau parang ditangan, memang tak boleh duduk diam. Pedot adalah orang kuat Persatuan Malim Negeri Perak,   tanpa kehadirannya, pasti persatuan tidak hidup seperti sekarang, seorang yang humble dan suka berjenaka.

    Sejam setengah berjalan, kami sepatutnya menurun banyak tapi tiba tiba terpaksa mengharung laluan pacak yang licin, hanya kesan2 gelongsor saja yg kelihatan. Sedikit pun tiada landai sehingga berjumpa puncak berketinggian 1633 M yang digelar Puncak Hanat, sesuai namanya dengan keadaan trek. Di puncak ini, ada helipad namun tidak berada di laluan kami. 

    Terdapat banyak botol2 berisi air mineral yg ditinggalkan Jupem, airnya berterabur di sekeliling puncak, ada yg terlerai ada yg masih didalam bundle separuh dozen. Kami ambil peluang ini untuk gunakan air tesebut unt mengambil wudhuk dan membawa bekalan air spare. Kami yakin air lebihan ini tidak akan digunakan lagi oleh pihak Jupem memandangkan batu2 sempadan sudah banyak yang siap. Daripada menjadi sampah di puncak, baiknya kami pakai dan bawa pulang botol2 yg kami pakai. Kalau ikutkan hati mahu sahaja bersihkan kawasan puncak yg kotor dgn sampah jupem ni, tapi bila difikir balik, beban yg kami bawa ni pun separuh mati, memang tak kuasa lah nak cuci taik org lain.

    Selang 1 jam, kami melintasi checkpoint Spaghetti Pass, laluannya hanya menurun sahaja. Sudah di pesan Poncho semasa brief pagi tadi, memang laluan hari ini selepas Gunung Kuar akan banyak menurun sahaja sehingga Kem ST dan Kem Sungai Pelus. Habis tu naik puncak hanat tadi apa? Hanat betul.

    Jam 6.15 petang yang depan tiba di Puncak 1377 M, Aku kekal bersama geng depan kali ni sengaja nak merasa pula suasana di depan. Sedang asyik melayani turun melandai, kami pun tiba di sebuah lokasi kem penempatan Jupem, terdapat bekas kem mereka bermalam dan helipad ke lima yg kami jumpa. 

    Poncho dan Den dalam keseriusan membincangkan sesuatu di satu sudut, lantas perlahan aku datang menegur "Ok tak?". "Kita dah terlajak ni" bisik Den. Terus aku membuka apps Gaia melihat position terkini GPS. Ya, memang kami dah tersasar jauh dari trek asal. Jauh lebih dari 1KM.

"Kat mana kita tak perasan tadi ya?" Tanyaku. "Rasanya start menurun dari 1377 tadi, kita layan turun je sampai tak perasan, lagi pun jalan Jupem buka ni luas dan baru, memang tak perasan langsung!" Keluh Poncho.

    "Uish, kalau nak patah balik naya nih! Jalan menurun jauh, nak naik balik pun jauh!" Kata Den.
Betul juga apa yg difikirkan Den, memandangkan yg dibelakang pun masih belum sampai dan berkemungkinan berada dilaluan yg sama. Geng belakang tu kalau disuruh patah balik, mahu patah tengkok kami dibuatnya. Kadang2, sebagai malim, kita tidak terlepas dari kesilapan normal kita iaitu terlupa. Ditambah keadaan laluan yg seakan sama sahaja menjadikan pemikiran subconscious mind kita menjentik keyakinan bahawa laluan kita benar. Bila dah yakin benar maka tidak teringat untuk membuka peta atau GPS. Yang ini lah kesilapan common yg berlaku pada kami, tambahan bila terlalu banyak tempat yg telah kami masuk dan teroka. Mujurlah ketika di sini, sense Poncho seakan teransang, tahulah dia yang kami sepatutnya dah pun tiba di Kem ST 30 minit yg lalu, tapi kini berada di satu kawasan baru. Didalam peta, lokasi Kem Pelus juga sudah jauh tersasar untuk kami pancung offtrek. Nampak gaya kedudukan terkini adalah lebih maju kehadapan, memang agak rugi jika nak berpatah balik.

    Bincang punya bincang, akhirnya kami setuju unt bermalam dahulu alang2 dah memburung ke sini. Memburung? Ya itulah kod bahasa yg kami gunakan dikalangan militan SOS jika tersasar trek, jika dengar saja malim didepan berbunyi "kur...kur..!" itu tandanya dah tersalah laluan. Kod ini telahpun digunapakai secara meluas dikalangan malim gunung di Malaysia. Oleh kerana kami semua dah setuju bermalam ditempat memburung ni, maka nama Kem Kurkur terus diberi sebagai simbolik peristiwa kami hari ini. 

    Untungnya kami masih ada berbaki 30 minit sebelum gelap, kawasan ini ada helipad yg ada viewpoint, lagi pun kawasan kem ini luas dan dah diteroka Jupem, ada beberapa saki baki air mineral yg masih boleh digunakan unt masak hasil dari Pedot, Sepul dan Den menyelongkar segenap ceruk kawasan ini. Jam dah pun menunjukkan 7.15 malam, tanpa berbuang masa kami terus membina banglow. Geng belakang masih belum tiba, tapi informasi diterima yang mereka tidak jauh pun dengan kami.


    Aku dan Karo seperti biasa membuka kantin, bersebelahan dgn banglow wanita. Aku terus bersilat didapur dibantu Pedot, Puteri dan Karo. Selang beberapa ketika geng belakang pun sampai dlam jam 9.25 malam. Malam ini menu Nasi Putih, Tomyam Ayam Campur dan Kek Pisang. Sengaja aku masak nasi lebih dan kuah lebih kerana telah berhari2 kami kelaparan dan makan tak ikut jadual. Walaupun gaya makan macam dalam penjara, namun Alhamdulillah ramai yg bertambah2 makan.

    Selesai makan malam, aku masak siap2 nasi untuk digoreng esok. Malam tu ramai yg ambil masa merawat kaki masing2 yg telah berlunyai basah dalam kasut. Mujur Doktor Farah buka klinik segera malam tu. Jam 1.00 pagi kami dah mula lelap.

(Bersambung)