TNT Lower 2023 - Episod 6

ANUGERAH BRUTAL

Sambungan imbasan hari keenam,
Selasa, 14 November 2023.

    Suasana di Kem Kurkur pagi ini agak baik, ada yg sempat dapat sunrise disebelah helipad. Pagi ini sepatutnya pagi terakhir kami bersama, tapi kerana keputusan menyambung hari extra di Kem Itali tempoh hari, menjadikan mood kami lebih ceria, ditambah pula kem ini dinamakan buat pertama kali oleh kami semua. Sarapan pagi ini cuma nasi goreng pedas bersama 2 jenis air seperti biasa. Oleh kerana sumber air yg terhad, kami terpaksa setting makan tengahari masak ditempat lain.


    "InsyaAllah, Kem Kurkur ini dan trek laluan ini akan jadi kekal dalam laluan V3 selepas ini sebab permatangnya mudah dan kemudahan yg dah sedia ada disini" Jelas Poncho semasa taklimat pagi. Bersorak gembira kami semua di iringi tepukan bersama memecah kesunyian pagi, andai burung-burung pun memahami, pasti mereka juga berciap-ciapan ceria dengan alunan kur-kur. 

    Kami target hari ini samada Kem Balak Pecah atau Kem Last Waterpoint Berhid atau mungkin ke Puncak Yong Yap terus untuk bermalam, bergantung kondisi dibelakang. Keputusn akan dibuat di Gunung Berhid nanti. Selain itu poncho turut merancang untuk tidak menunggu lama di kawasan puncak, pesannya agar tidak membuang masa lama di tempat sejuk. Pedot dan Puteri menawarkan diri untuk masak tengahari di puncak Gunung Berhid setibanya mereka disana nanti.

    Kami bergambar kenangan bersama, ini setelah beberapa kami tak dapat bergambar sama. Pagi itu Shakeys nampak terlalu bahagia, sekejap2 menjerit dengan garaunya, seronok sangat agaknya, terhibur kami semua. Barangkali terlebih dos makan ubat. 

    Shakeys seorang guru pencen yg menghidap bi-polar, beliau baru pulih dari depression selama 5 tahun lalu, dan kini masih didalam rawatan ubat, dia suka berceloteh, namun sewaktu letih dia hanya membisu layan rentak sendiri di trek, tapi tetap berada di geng hadapan setiap hari.

    Sementara menunggu semua bergerak, aku sempat berehat sebentar di batang balak kerana terlalu letih sejak 3-4 hari ni. Betul-betul letak kepala terus hilang dari radar sekejap. Dapat la power nap sekejap. Kami mula membuka langkah pada jam 11.00 pagi. 

    Bertemu semula laluan asal Kem Pelus di satu puncak kosong berketinggian 1252 M, kelihatan signboard baru tertulis Puncak Makuru yg dinamakan sempena makan maruku disini. Sengaja dinamakan sebagai simbolik simpang antara laluan lama dan baru. 

    Pendakian diteruskan dengan semangat waja menuju ke Puncak Antenna, namun malangnya terpaksa berhadapan dengan Puncak Lahanat dulu yg berketinggin 1388 M. Dia punya pacak selama sejam ini cukup menyeksakan, dengan bentuk tanah yg tiada langsung tempat untuk dipijak, hanya kesan gelongsor dari org depan, bayangkanlah org didepan macamana. Untuk sampai ke sini terdapat banyak kawasan terbuka dipenuhi pokok resam dan buluh halus. Mujurlah ketika mendaki pacak tu cuaca agak baik. 


    Aku bertemu Puteri yg sedang duduk menghadap phone dikawasan helipad, barangkali sedang berhubung dengan Aie diluar,  terus aku meneka ada rangkaian telco disini. Selang beberapa minit aku melabuhkan beg di Puncak Antenna yg berketinggian 1432 M, dan terus membuat panggilan ke Adiza untuk memberi confirmation berkenaan status kami. "Kami jangka 6.30 petang keluar di Sungai Rengil hari Rabu, 15 November 2023" text whatsapp laju dihantar sebagai double confirm.

    Aku terus turun ke Kem V3 unt bertemu yg lain2, bila berjalan seorang, biasanya aku lebih suka berlari2 anak unt menjimatkan masa. Laluan ke kem V3 ni curam menurun, kalau biawak tu boleh dimakan, rasanya dekat 8 ekor dah aku panggang, manakan tidak kalau dah berlari anak tu pasti akan tergelincir juga sehingga setapak lagi nak cecah kem pun sempat aku tangkap seekor. Berdekah mereka gelakkan aku. Lega sempat aku berjumpa dengan geng depan, sebelum mereka meneruskan langkah, mereka lebih awal makan dan bersiap untuk teruskan objektif seperti yg dirancang. 

    Disini kami makan tengahari, setting ration sudah mula berubah banyak, kami hanya makan Mi Indomie perasa Cili Hijau saja tengahari ni bagi mempercepatkan proses perjalanan yg agak kritikal harini. Oleh kerana aku berjalan di tengah tadi, kali ini aku menunggu yg dibelakang tiba seorang demi seorang sambil masakkan baki mi segera yg ada. Jam dah pun menunjukkan pukul 3.30 petang, namun kelibat Rahman tidak kelihatan padahal dia dekat sahaja tadi. Ah sudah!


    Menurut Syafiqah, Rahman berjalan dibelakang dia dengan jarak yg dekat, manakala Megu dan Ida menyatakan dia ada di hadapan. Ternyata Rahman dah tersalah masuk simpang apabila geng sweeper sampai pun tetap tiada kelibatnya. 

Kama membuka radio dan berjaya menhubungi Poncho dihadapan unt memaklumkan situasi yg berlaku. Selepas yg lain2 makan, Aku buat keputusan unt standby di belakang bersama Kama, Iqbal dan Amar untuk tindakan pantas jika perlu. 

    Amar dah pun siap sedia dengan bag dayhike. Selang bebeberapa minit kedengaran Poncho berbual dengan Rahman, tapi penerimaan Rahman kurang jelas, mujurlah dia pun bawa radio. Jam 5.45 petang barulah dapat khabar berita yg Rahman dah pun sampai di helipad bertemu geng depan. Poncho memberi GR kpd Rahman untuk tembak terus ke lokasinya supaya dia tidak melilau sesat. Pada Rahman ada GPS Garmin 64CSX, jadi beruntung dia tahu gunakan kelebihan yang ada. Situasi ini boleh jadi panik jika tidak diurus dengan betul. Alhamdulillah kami dipermudahkan dan Rahman selamat bersma dengan yang depan. Penalti dia tidak dapat lalu Kem V3 tapi terpaksa berhempas pulas berjalan di laluan sempadan Jupem yg semak dan pacak.


    Kami dibelakang meneruskan langkah sambil memikul bekalan air mendaki selama 1 jam ke satu puncak helipad berketinggian 1461 M yang menjadi lokasi Rahman bertemu geng depan tadi. Kami tiba jam 6.30 petang tapi ambil keputusan untuk berehat maghrib disini. Bila tahu nak berjalan jauh, aku nasihatkan mereka ambil masa sedikit , tidak laju dan rehat jika perlu, jangan paksa sebab jarak jauh bukan mudah unt dihadap oleh pendaki yang tidak biasa, terutama nak berjalan malam. 

    Rahman tercegat dikalangan ramai2 yg berkerumun bertanyakan perihal sesat nya, aku hanya menjelingnya dari jauh menginsyaratkan bahawa aku sedikit berang. Dia sugul dan tidak banyak bercakap, riak wajahnya sangat lain berbanding hari2 sebelum ni. Sedang aku memerhati panorama sunset, Rahman datang menyapa memohon maaf, aku senyum dan perlahan berkata "tak perlu man, itu bukan benda yg hg minta, benda nak jadi, ambil pengajaran dan hikmah dari apa yg jadi, boleh jadi hg cuai atau overconfident. Hutan tempat yg kita kena sentiasa peka."
Angguk Rahman tanda setuju, "Sy serba salah pulak jadi macamni..." katanya.
"Relax man, yg penting hg selamat!" Ujarku.

    Seusai maghrib, kami teruskan perjalanan semula pada jam 7.10 malam. Dalam kabus malam tu, kami merabat permatang panjang dan tajam, laluan yg pada mulanya naik melandai, semakin memacak sedikit demi sedikit. Melihat rakan didepan pada mulanya boleh nampak beg sekarang hanya nampak tumit kaki, perubahan fizikal laluan menjadi ketara, jika dilihat kontur di dalam topo, ia mulai rapat, kami memaut guna apa yg ada disekeliling untuk melepas diri, namun yg ada kebanyakan pokok kecil, kadang2 sahaja ada akar yg kukuh unt dipegang dan dipijak, tanahnya peroi dan licin juga faktor menjadikan pendakian semakin sukar. 


   Dihadapan aku, Azrah sudah mula hilang keseimbangan, dia yg aku kenal mempunyai simptom gayat yang kuat, dengan lampu kepala yg semakin malap, menjadikan pergerakan dia agak terbatas. Jalan masih menuju ke langit, di sebelah hadapan Eypa sekali sekala bantu menyambut Azrah memaut ke atas. Eypa dan Azrah adalah kembar lain mak lain bapak yang turut menjadi rakan subahat aku dalam projek TNT ini.

"Azz, meh tukar headlamp tu" aku tegaskan demi keselamatan dan kelancaran dia mendaki. Jalan yg sedikit basah disebabkan renyai hujan menjadi sukar unt kami bergerak cepat, ditambah berat beg membawa bekalan air kami teruskan tapak demi setapak. Jantung rasa nak pecah walaupun tak laju, tapi terlalu lama menghadap keadaan trek begini ditambah pula perut yang kelaparan, bekalan mi tengahari tadi lenyap tanpa sempat dicerna usus besar. 

    Akhirnya jam 9.30 malam kami tiba setelah berhempas pulas selama 3 jam 30 minit. Puncak 1688 M punya penangan membuatkan geng yg depan juga hampir terbunuh. "Dengan ini aku isytiharkan Puncak 1688 adalah pemenang pertama bagi kategori pacak paling brutal!" Jerit aku setiba di puncak ini. Ilham ini aku dapat saat menyumpah bersama Iqbal dibelakang tadi. Kama mencadangkan unt memberi trofi suatu hari nanti jika kesini lagi. Kesini lagi? Entahlah! Walaupun 2KM saja tapi macam 2 minggu menghadap.



    Makanan telahpun disediakan, seperti dijanjikan, Pedot dah pun masakkan nasi manakala Puteri menyambung memanaskan lauk Ikan Sardin. Farah pula belanja kami dengan sambal penyet segera yg dibawanya. Kama menghidang kami dengan air kopi panasnya. Di puncak ini, kesejukan cepat terasa kerana bentuk tirusnya memang menjadi kawasan tadahan angin, lumut2 tebal yg ada disekelilingnya menyimpan suhu sejuk menjadikan penghuni disini sentiasa rasa lembab. Maka pergerakan juga bakal lembab. Perkara ini awal2 telah dipesan Poncho, maksimum 1 jam sahaja disini. Boleh bayag betapa sejuknya geng depan yg sampai seawal jam 6.30 petang menunggu sahabat2 dibelakang. 

    Sedang elok kami menjamu selera, hujan datang mencurah curah, kelam kabut kami mengemas, Puteri yg sedang mengemas dapur pun menggomel barangnya belum dikemas, terus aku hulurkan payung pada dia, Eypa membantu kemaskan begnya. Memang tak dan nak cover dah sebab hujan datang tiba2, maka kuyup lah sekejap kami bersama pakej percuma sejuk. Jadi jam 11.00 mlm tepat kami terus berambus tanpa banyak cakap.

    Selang 15 minit berjalan, kami melintasi Gunung Aler, berketinggian 1771 meter dari paras laut, menjadikan puncak gunung ketiga yg kami dah tawan. Cuaca tidak menyebelahi kami, disini kamu masih melayan rintik hujan. Beruntung sedikit geng di hadapan yang dapat berada seawal jam 10.00 malam sebelum hujan.

    Pendakian malam diteruskan denagn aku kekal di bahagian belakang. Berjalan bersama aku Kama, Iqbal dan Amar sebagai sweeper, dihadapan aku, Izer, Ida dan Ana. Kelihatan cahaya dihadapan Azrah, Sal, Farah dan Eypa. Waktu ini dihadapan kumpulan kecil kami dalah Megu, Puteri, Rahman dan Syafiqah, menjadikan jumlah kami semua 15 orang. Kusangka panas sampai kepetang, rupanya hujan di awal pagi, jalur 1688 ini tidak mudah melepaskan kami, kali ini bentuk muka buminya lebih mencabar, ya sangat mencabar keimanan!. 

    Laluan hutan berlumut tebal dan basah yang sarat dengan batang2 bonsai melintang, sudahlah rendah2 ditambah tanah lumpur yg dibasahi hujan, hanya Tuhan saja yg tahu betapa azabnya nak lepas satu persatu bahagian. Kejap merangkak, kejap melangkah, kejap lagi kena menyusup, lepastu kena memanjat pulak. Kalau tadi hanya brutal melayan pacak, kali ini brutal melayan tunduk. Sedang terseksa mengharung halangan, kedengaran kecoh2 dihadapan. Rupanya kami dah pun tiba di satu checkpoint yang aku rasa paling bangsat dalam banyak2 tempat di jaur ini. Memanjat 90° tanpa ada tempat berpaut dan pijak! Kegilaan apakah ini? Chuban di Korbu pun ada tempat berpaut.

Maka seorang demi seorang memanjat dengan susah payahnya. Megu yg didepan membuktikan kejantanannya membantu pikul beg2 kaum hawa yg tidak berkemampuan lagi membawa beban naik ke atas. Beliau adalah seorang petugas bahagian keselamatan Felda dan bergiat aktif didalam dunia Malim Gunung, seorang yang sangat boleh diharap.

    Azrah yg sedari tadi kegayatan terlihat pucat mengharung keadaan laluan ni. Selain dia, ada 2-3 org lagi yg gayat juga cuma aku fokus menjaga Azrah kerana dia adalah sahabat baik yg lama aku kenal dan sangat memahami perasaannya bila berhadapan situasi begini. Siapa lagi nak jaga kalau bukan kawan baik sendiri.

    Aku berada di posisi terakhir unt memastikan semua rakan berjaya melepasi halangan brutal ini. Sehingga giliran aku, hendak sahaja aku maki diri sendiri ni tapi Iqbal datang menghulur tangan, Alhamdulillah selesai juga. Namun dalam kepenatan itu kami masih berbaki beberapa KM lagi untuk sampai, tetap dibuli dengan tunduk panjat merangkak yg seolah2 berulang2, padahal jaraknya cuma 1.3 KM saja dari Aler tadi. "Itulah cepat sangat bagi anugerah tadi..." Getus aku bermonolog.

    Kami berjaya menjejak kaki di Gunung Berhid pada jam 1.30 pagi, berbeza 2 jam dengan geng depan yg sampai pada jam 11.30 malam tadi, namun mereka meneruskan perjalanan turun ke Kem Last Waterpoint Berhid.

    Di keliling kawasan puncak kelihatan masing2 lesu dan tidak bermaya, ada yg dah mula bersandar di banir bonsai, ada yg mula selubung diri dengan plastik sampah, ada yg dah letak beg dan keluarkan raincoat. Aku lihat jam ditangan sudahpun pukul 2.00 pagi, maka keputusan Tido Komando dibuat. Oleh kerana kawasan ini sangat kritikal, aku improvise kan kpd Tido Pegawai Komando. Flysheet dibuka 2 unit, menutupi segenap ruang atas, bucunya ditarik rapat ke dinding akar dan dahan bonsai. Sekelip mata siap, kaum hawa diperintah unt salin baju kering, yang lelaki terpulang, Kama pantas membuka dapur memanaskan air menjamu rakan2 kopi O nya. Ruang yg sempit dan berbukit itu kami duduk secara rapat malam ini, groundsheet dibuka unt beri ruang bersih baring dengan sleeping bag. Keadaan sejuk, angin dan basah membuatkan kami terpaksa menyalin pakaian kering juga.

    Sehinggalah saat semuanya berehat, sempat aku roger Poncho melalui radio 3 4 kali. Tapi tidak terima balasan. Aku menganggap diorng dah pun berada di Kem LWP Berhid, mungkin mereka terima roger yang mana kawasan lembah bawah mudah terima dari atas tetapi sukar untuk aku di puncak menerima balas.

    Di sudut hujung, aku cuba berbaring mengiring menghadap luar sambil memerhatikan jam. Pukul 3.00 pagi. Lamunanku terhenti, kini aku berada di destinasi garis masa kisah ini. Maka fahamlah kamu kenapa kami terpaksa Tidur Pegawai Komando di sini.

(Bersambung)