TNT Lower 2023 - Episod 8

BARU HABIS 3 BAB


Hari kelapan atau hari terlajak,
Khamis, 16 November 2023.

    Tepat jam 2.00 pagi aku masuk semula dengan powil Adiza, walaupun sepatutnya giliran powil Edy untuk pickup, tapi aku lebih utamakan kehadiran aku sebagai kapten trip menyambut kepulangan rakan2 dibelakang. Jam 2.30 pagi kami menunggu di tepi sungai dalam kegelapan malam. Air sungai mulai surut sedikit dari tadi. Oleh kerana badan terlalu letih, aku mengambil peluang untuk melelapkan mata sebentar. Tanpa disedar jam 9.15 pagi baru tersedar, itu pun kerana pintu belakang dibuka, kelihatan Megu meletakkan begnya di bucket powil.

    Dalam mamai aku keluar bertanyakan khabar berita dari Megu. Menurutnya, mereka semalam berkumpul di Kem Sungai Y Besar 9 orang dan ambil keputusan untuk berehat Tidur Komando kerana terlampau letih. Ya, aku sangat faham perasaan tu, lebih baiknya berehat dari memaksa diri merisikokan nyawa. Jam 9.45 pagi, kami bertolak keluar dengan powil. Kami tiba di RnR Lojing tepat jam 10.00 pagi sambil mereka mnghela nafas lega.

    Pagi ini, beberapa org dah pun pulang kerana tanggungjawab kerja. Semalam sebelum masuk Sungai Rengil pun aku dah bersalaman dengan Den dan Pedot. Shakeys pula dah lari ke Masjid Lojing awal2 keluar semalam, hanya update di whatsapp saja dpt dilihat. Sufri dan Syafiqah juga terpaksa bertolak pulang mengejar kerja hakiki. 

    Pagi ni aku sempat berjumpa bersalaman dengan Sepul dan Topek yg sudah nak bertolak pulang. Azrah, Eypa, Puteri, Jennifer dan Ruey Peng semalam bermalam di Cabin Lojing. Kami bersarapan bersama Poncho dan Karo sementara menunggu yg lain bersihkan diri. Ada yg tak tahan kelaparan terus menyambar nasi di cafe. Kami sempat meraikan ulang tahun kelahiran Ana. 

    Banyak perkara yg kami nak bualkan berkenaan trip kali ni, tapi masa agak nipis untuk kami semua jadi kami putuskan untuk sambung dan kekal berhubung di dalam group Whatsapp. Selesai bersalaman, bermaafan, kami mengundur diri. 

    Perjalanan pulang belum habis disini, aku menuju ke Kuala Betis unt menghantar Karo di kampung dan Iqbal serta Poncho yang mahu mengambil semula keretanya. Aku pula akan ke Pos Dakoh semula dengan rakan di Kuala betis.

Alhamdulillah, misi laluan TNT Lower 2023 berjaya! TERIMA KASIH buat semua sahabat2 seperjuangan sepanjang trip ini, kamu semua sahabat gunung aku selamanya.




(Babak kredit sebelum tamat...)


Pagi Khamis, 9 November 2023.

Sambil menunggu Puteri tiba, aku dan Poncho berbual panjang berkenaan rencana yang akan datang. 

"Chapter 1 ni ada 3 Bab TNT iaitu Upper, Center dan Lower, selesai sahaja Chapter 1 ni, aku plan akan mula Chapter 2, iaitu The South Titiwangsa hujung tahun depan" jelasku. 

"Boleh Kay, aku pun hampir siap dah jalur2 dlm Titi fasa selatan ni" balas Poncho. 

"TST ni kalau boleh kita ikut plan jalur yang hang dah buat, aku target 5 Bab yang merangkumi fasa 1 hingga 5 jalur tulang belakang utama, bukan jejari" desak aku.

"Ya itu yg aku nak buat!" 


(Tamat)


Musang Tampan, 22112023
Lurah Bilut, Pahang