The SECTION TRAIL Of The BANJARAN TITIWANGSA (Chapter-1)

Alhamdulillah selesai juga memerah otak siapkan info grafik trans titiwangsa ni. benda yang dirancang sejak dari awal penglibatan aku di dalam dunia gunung ni. Terima kasih kepada rakan2 yang banyak membantu dan memberi sokongan moral.

Era pendakian gunung yang semakin rancak ni sepatutnya kita jadikan ia gerbang ilmu dan asahan kemahiran disamping kita menimba pengalaman. Kita tahu pendakian kini ada banyak genre namun kebanyakan yang hadir semuanya berasaskan 'summit collector' tanpa kita sedar bahawa kita sebenarnya ada satu genre yg agak minoriti di negara kita, di luar mungkin dah bersepah.

Ianya adalah 'section trail collector' .

Kelompok ini mensasarkan jalur2 yang bukan regular dikalangan pendaki biasa. Samada tujuannya mahukan privasi atau mencari ketenangan atau mencabar diri, asasnya tetap sama iaitu mahu mengumpul jalur2 pendakian yang ada. Negara kita beruntung mempunyai Banjaran Titiwangsa yang cukup panjang dan kaya dengan biodiversiti.

Baik, kita maju terus.

Definisi BANJARAN TITIWANGSA dalam skop pemahaman aku, aku pecahkan kepada beberapa jalur seksyen seperti yang telah di amalkan oleh pendaki2 sebelum aku dan aku gabungkan jalur2 yg telah dibuka semula serta baru dibuka. Tidak lupa jalur yang bakal dibuka.

Chapter-1 (The Head) adalah keseluruhan bahagian KEPALA Titiwangsa, yang merangkumi gunung2 dari Utara-barat Kelantan membawa ke Utara Cameron Highlands.

Chapter-2 (The Abdomen) pula adalah rangkuman gunung2 di bahagian ABDOMEN Titiwangsa yg bermula dari tengah2 Cameron Highlands hingga ke Fraser Hills sekaligus ia adalah bahagian jalur yang besar dan terpanjang.

Chapter-3 (The Tail) merupakan gunung2 yang berada selepas Fraser Hills membawa ke arah selatan namun ia terpecah kepada beberapa bahagian kerana kewujudan lebuhraya, menjadikan bahagian EKOR Titiwangsa ini tidak bersambung secara terus.

Besar harapan aku agar jalur2 pendakian ini menjadi kegilaan ramai pendaki di Malaysia yang tidak lagi mementingkan puncak semata2 tapi menyantuni setiap jalur itu dengan penuh rasa tanggungjawab dan mampu mencorak keperibadian pendaki gunung yang lebih baik dan matang.

Ayuh kita meriahkan kembali persada titiwangsa ini dengan penuh harmoni! Gunalah paparan maklumat grafik yang aku sediakan ini untuk korang jadikan sebagai rujukan dan 'bucket list' pendakian korang. Map ini akan di update lagi dari masa ke semasa., boleh hubungi sy (0134878380) secara personal untuk dapatkan file yang original.

Musang Tampan,
14062024
Cyberjaya

#sosnolb
#malimgunungperhutanan
#banjarantitiwangsa
#MGP2024 #mgpkelantan
#grabtruck4x4
#NoOneLeftBehind