Kali ini, sy nak berkongsi pasca akhir data yg telah sy grafik-kan bagi tujuan kefahaman pendaki dan menjadi kemudahan unt korang 'track' lokasi yg dicari. Perlu di ingat, ini adalah perspektif Banjaran Titiwangsa dalam versi pemahaman dan pengalaman sy, ada juga versi lain yg wujud dalam kalangan master2 sifu sy, jadi mohon hormati versi mereka juga ya.
Definisi BANJARAN TITIWANGSA dalam skop pemahaman sy, sy pecahkan kepada beberapa jalur seksyen seperti yang telah di amalkan oleh pendaki2 sebelum ni dan sy gabungkan jalur2 yg telah dibuka semula serta baru dibuka. Tidak lupa jalur yang bakal dibuka.
Chapter-1 (The Head) adalah keseluruhan bahagian KEPALA Titiwangsa, yang merangkumi gunung2 dari Utara-barat Kelantan membawa ke Utara Cameron Highlands.
Chapter-2 (The Abdomen) pula adalah rangkuman gunung2 di bahagian ABDOMEN Titiwangsa yg bermula dari selatan Cameron Highlands hingga ke Fraser Hills sekaligus ia adalah bahagian jalur yang besar dan terpanjang.
Chapter-3 (The Wing) berada di bahagian Utara-Timur banjaran adalah SAYAP kanan Titiwangsa yg merangkumi jalur Trans Noring, Trans Permatang C serta Trans Jelawang.
Chapter-4 (The Tail) merupakan gunung2 yang berada selepas Fraser Hills membawa ke arah selatan namun ia terpecah kepada beberapa bahagian kerana kewujudan lebuhraya, menjadikan bahagian EKOR Titiwangsa ini tidak bersambung secara terus.
Chapter-Finale (The Heart) seumpama nama gelaran ini, JANTUNG Titiwangsa ini tertumpu di daerah Cameron Highlands yg merupakan pusat kpd aktiviti pendakian dalam Malaysia. Ironinya ramai pendaki bermula di sini seolah-olah cinta pertama dunia pendakian.
Besar harapan sy agar jalur2 pendakian ini menjadi kegilaan ramai pendaki di Malaysia yang tidak lagi mementingkan puncak semata2 tapi menyantuni setiap jalur itu dengan penuh rasa tanggungjawab dan mampu mencorak keperibadian pendaki gunung yang lebih baik dan matang.
Berikut sy list-kan link telegram untuk korang dowdload dari Telegram @sosnolb :
Overview : https://t.me/sosnolb/333
The Head (chapter-1): https://t.me/sosnolb/334
The Abdomen (chapter-2) : https://t.me/sosnolb/335
The Heart (chapter-finale): https://t.me/sosnolb/336
Overview : https://t.me/sosnolb/333
The Head (chapter-1): https://t.me/sosnolb/334
The Abdomen (chapter-2) : https://t.me/sosnolb/335
The Heart (chapter-finale): https://t.me/sosnolb/336
Cuma bahagian The Wing masih dalam peringkat akhir pengumpulan data dan bahagian Tail of Titiwangsa sahaja masih dalam peringkat awal pengumpulan bersama beberapa rakan MGP Selangor.
Ayuh kita meriahkan kembali persada titiwangsa ini dengan penuh harmoni! Gunalah paparan maklumat grafik yang sy sediakan ini untuk korang jadikan sebagai rujukan dan 'bucket list' pendakian korang. Map ini akan di update lagi dari masa ke semasa selagi mana sahabat2 perintis sy masih tegar dalam menelusuri onak duri denai Titiwangsa.
''Jadilah pendaki yg bertanggungjawab dan berilmu.''
Musang Tampan
09022025
Lojing, Kelantan
09022025
Lojing, Kelantan
#sosnolb
#malimgunungperhutanan
#PMGPCNK
#MGP
#PMGM
#NoOneLeftBehind
#banjarantitiwangsa
#JPSMalaysia
![]() |
https://t.me/sosnolb/329 |
![]() |
https://t.me/sosnolb/330 |
![]() |
https://t.me/sosnolb/331 |